Empat lelaki tempatan ditahan di kawasan Papar petang kelmarin kerana terlibat aktiviti penagihan dadah.
Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, keempat-empat suspek berumur 20an hingga 30an ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Papar.
“Hasil pemeriksaan polis menjumpai dadah seberat 0.21 gram daripada salah seorang suspek terbabit,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, katanya, ujian saringan air kencing ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.
“Kejayaan tangkapan ini merupakan salah satu usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah Papar ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah ini agar memaklumkan kepada pihak PDRM atau IPD Papar khususnya. – Sabah360online

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ