KUNAK: 5 penumpang sebuah kenderaan termasuk 4 warga emas cedera apabila kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam sebuah longkang di Simpang Kunak 3, di sini, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohamad Omarbatha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.47 petang tadi.
Katanya sepasukan 5 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Kunak dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 3 kilometer dari balai.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Aruz terbabas sendiri lalu termasuk ke dalam longkang.
“Terdapat 5 orang mangsa (3 wanita dan 2 lelaki) terlibat dan mengalami kecederaan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan polis seterusnya dihantar ke hospital sebelum ketibaan jentera bomba.
“Pasukan bomba membuka kepala bateri dan menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi bomba ditamatkan jam 3.24 petang.
Mangsa yang cedera berusia lingkungan 58 sehingga 66 tahun.
More Stories
Seramai 650 pendatang asing tanpa izin dihantar pulang dari sandakan
Wanita cedera kereta terbabas ke dalam gaung
Dakwa warga China kerja tanpa permit, pengusaha pelancongan tempatan di Semporna lapor polis