KOTA KINABALU: Seramai enam individu dikompaun serta-merta selepas dikesan membuang sampah merata-rata di sekitar pekan Inanam, di sini, semalam.
Tindakan itu diambil Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerusi Ops Degil bagi mengesan individu tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata.
Operasi yang bermula jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari itu disertai empat anggota penguatkuasa DBKK yang bertanggungjawab memantau dan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan.
Ops Degil adalah salah satu strategi DBKK menguatkuasakan Undang-Undang Kecil Bandaraya Kota Kinabalu (Anti Sampah Sarap) 1984 Pindaan 2005.

Menerusi operasi itu, penguatkuasa DBKK akan mengambil tindakan serta-merta ke atas individu yang membuang sampah sarap di tempat awam.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan, Mohd Hanif Abdullah, menegaskan Ops Degil akan terus dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung tanggungjawab menjaga kebersihan bandar raya Kota Kinabalu. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad