Kota Kinabalu : Enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Tenom ditutup sepenuhnya pada jam 2.30 petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tenom Mas Syazwan Masood berkata, penutupan itu dibuat selepas keadaan kembali pulih dan semua mangsa telah dibenarkan pulang
“Selaras dengan cadangan JPBD Tenom, saya selaku Pengerusi JPBD Tenom mengisytiharkan penutupan beberapa buah PPS pada jam 2.30 petang.

“Antara yang ditutup adalah di SK Mandalom Lama; RK Kampung Mandalom Lama; RK Kalang Kanar; Kampung Pantongan Saga; RK Kampung Labut 1 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Saga,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya seramai 310 orang mangsa terjejas melibatkan 118 keluarga ditempatkan di enam PPS berkenaan. – SABAH MEDIA

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ