LAHAD DATU: Enam rumah jenis tidak kekal di Kampung Unta, di sini, musnah dalam kebakaran, pagi ini.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 7.40 pagi.
Berikutan itu, katanya, sepasukan 14 anggota dan pegawai bersama dua jentera, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke tempat kejadian.
“Pasukan bomba menganggarkan enam rumah terbakar 100 peratus dan usaha memadamkan api kebakaran masih dijalankan.
“Setakat ini, kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, api dapat dikawal pada jam 8.19 pagi.
“Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ