Bahagian dalam kenderaan pacuan empat roda yang nyaris terbakar di Sandakan kelmarin
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Sebuah kenderaan pacuan empat roda nyaris terbakar ketika diletak di kawasan parkir sebuah pasaraya berhampiran Batu 6 Jalan Labuk kelmarin.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah telah menerima panggilan kecemasan pada jam 2.20 petang melalui talian MERS 999.
Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan oleh PGO berhubung kejadian tersebut.
Operasi diketuai oleh PBK II Hazmizan Maksit bersama 4 orang anggota yang menaiki sebuah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS.
Menurut Komander Operasi, kejadian melibatkan sebuah sebuah kereta Toyota Hilux sedang berasap dibahagian enjin.
Tindakan pasukan bomba membuat cooling (pemadaman) dan membuka pintu bahagian pemandu untuk ventilation.
Kejadian dapat dikawal dan padam sepenuhnya pada jam 2.36 petang. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Operasi tamat pada jam 3.15 petang.
Dalam insiden yang berasingan pula, dua orang yang dilaporkan sesat di kawasan hutan simpan Futsal Batu 4 semasa menjalankan aktiviti ‘Hiking’ telah dijumpai dalam keadaan selamat oleh pasukan Bomba.
Enam anggota Bomba yang diketuai oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba Jimmy Lagung telah respon sebaik sahaja PGO menerima panggilan pada 6.16 petang kelmarin.
Pasukan bomba terpaksa berjalan kaki meredah hutan sejauh 1km untuk mendapatkan mangsa.
Mangsa kemudian mendapat pemeriksaan daripada pasukan EMRS sebelum diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 8.37 malam.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ