KUNJUNGAN HORMAT … Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedick menerima kunjungan hormat daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang diketuai oleh Wakil UNICEF Malaysia, Marianne Clark Hattingh, untuk membincangkan perkongsian maklumat dan kerjasama yang boleh dijalin berkaitan pembangunan wanita dan kanak-kanak di luar bandar.
Turut serta dalam lawatan itu, Pakar Dasar Sosial UNICEF Siti Altaf Deviyati Ismail dan Juruperunding Program dan Pembangunan Perkongsian UNICEF Dr.Elaine Kong.
Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Kesejahteraan Rakyat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah Charles W Dabbi, Setiausaha Politik kepada Menteri KPLB Carlye Lajimin dan Setiausaha bahagian sosio ekonomi KPLB Sabah Serbini Jadin.
Kelihatan dalam gambar Ewon (empat dari kiri) dan Marianne (empat dari kanan) bersama rombongan UNICEF dan para pegawai kanan KPLB Sabah.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad