PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawat beliau dari Indonesia, Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah Teten Masduki, di sini, hari ini.
Pertemuan tersebut merupakan susulan pertemuan kedua-dua menteri di Jakarta pada tahun lalu.
Kedua-dua menteri membincangkan kerjasama dua hala dalam pembangunan koperasi dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
Ewon percaya pertemuan tersebut dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dan persahabatan yang sudah sedia lama terjalin di antara Malaysia dan Indonesia.
Ewon turut menghargai sokongan Indonesia terhadap usaha Malaysia bagi penubuhan ASEAN MSMEs Centre of Excellence for Green Transition (Green CoE) sepertimana dipersetujui semasa mesyuarat ASEAN Coordinating Committee on Micro, Small and Medium Enterprises (ACCMSME) ke-17 yang lepas.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Dato Sri Khairul Dzaimee Daud dan ketua-ketua agensi KUSKOP.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ