“FIRST SANDAKAN BIKE WEEK” BULAN FEBRUARI DEPAN

SANDAKAN: Bandar Sandakan dijangka akan dibanjiri oleh kehadiran pencinta dua roda dengan pelbagai motor berkuasa besar dan berkuasa kecil menerusi “First Sandakan Bike Week” yang bakal diadakan selama tiga hari pada Februari 28 hingga Mac 1 depan.

Pengerusi Penganjur, Abang Mohd Razali berkata, antara sasaran penyertaan termasuk peminat dua roda dari negeri Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Negara Brunei Darussalam, seluruh negeri Sabah dan juga Semenanjung Malaysia.

“Kita berharap, menerusi acara ini, ia juga secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi bandar Sandakan,” katanya.

“Kita juga akan dapat berkumpul dan berkenalan dengan peserta dari negeri dan negara berkenaan,” tambahnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disini hari ini.

Orang ramai boleh menghubungi Razali untuk pertanyaan lanjut di talian 012-865-9994 atau 016-802-8995.