SANDAKAN: Beberapa kawasan di daerah ini akan mengalami gangguan bekalan air kerana pihak Jabatan Air Sandakan akan melakukan kerja pembaikan kebocoran paip di dua lokasi pada hari Rabu depan (Ogos 21)
Menurut notis gangguan bekalan air yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Air Sabah Amarjit Singh, kerja-kerja pembaikan kebocoran injap penutup (Sluice Valve) di jalan utama Batu 10 dan dua injap angin (Air Valve) di paip utama di jalan utama Bandar Sibuga Jaya, Batu 8 Sandakan akan dilakukan.
Pengeluaran air terawat akan terhenti buat sementara waktu bermula jam 6.00 pagi sehingga pembaikan selesai pada hari tersebut.
Kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air ialah seluruh kawasan Batu 16, Batu 12, Batu 11, Batu 10, Batu 9, Batu 7, Jalan Lintas Sibuga, seluruh kawasan IJM, kawasan Batu 4, Batu 3, Batu 1, Taman Tshun Ngen, Batu 8, Taman Grandview, Sunny Estate, Police Complex, seluruh penduduk di kawasan Jalan Bomba, Jalan Buli Sim Sim, Hospital Besar Sandakan, Kem Tentera, UMS, MRSM, PGA, sekitar kawasan E-hub, seluruh pengguna di Jalan Utara, Taman Nasalim, Taman Tinosan, Bandar Kim Fung, Midtown, kawasan bandar Sandakan, Jalan Lintas Sibuga, Kg. Bokara, Karamunting dan Batu Sapi.
Pelanggan di kawasan terlibat adalah dinasihati untuk menyimpan air secukupnya kerana bekalan air di sesetengah kawasan akan mengambil 2 hingga 3 hari untuk kembali pulih terutama di kawasan tanah tinggi dan hujung liputan bekalan air selepas kerja-kerja tersebut siap.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada talian Careline 24 jam Jabatan Air Sabah 088 326 888.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ