Gara-gara selalu bawa isteri orang buat seks, saturang ditemui mati di parit sana Lawas

Akibat kerap menganggu isteri orang termasuk mengajak bersetubuh seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dipercayai dibunuh rakan senegaranya sebelum mayatnya dijumpai terapung dalam parit ladang sawit, berhampiran Kampung Siang Siang Laut, pada Rabu.

Mayat mangsa Imran, awal 40-an, ditemui terapung oleh orang ramai dalam keadaan tidak berbaju, berseluar jeans hitam, dan dibaluti dengan kanvas berwarna biru dan jingga sekitar jam 9.30 pagi, lalu menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Roslan Leman berkata, hasil pemeriksaan ke atas fizikal mangsa mendapati terdapat beberapa kesan kecederan pada atas kepala mangsa dan beberapa kesan tetakan di bahagian kepala, bahagian belakang badan dan lutut kiri mangsa.

“Hasil siasatan lanjut kita berjaya menahan seorang suspek berbangsa Bugis berumur 32 tahun berasal dari Indonesia pada jam 12.10 tengah hari di sebuah kuarters Ladang Trusan, di kawasan Sundar pada Rabu.

“Hasil soal siasat awal, suspek mengaku telah bergaduh dengan mangsa pada Isnin berpunca daripada mangsa selalu mengganggu isterinya termasuk mengajak isterinya bersetubuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Roslan berkata suspek mengaku bertindak sendirian, dengan bersenjatakan tombak sawit untuk mencederakan dan menikam mangsa sehingga mati lalu membalut mayat mangsa menggunakan kanvas.

“Suspek juga mengaku memikul mayat mangsa seorang diri untuk dibuang di lokasi penemuan mayat dan lokasi sebenar pergaduhan sedang diteliti,” dedahnya.

Katanya lagi suspek datang ke Malaysia sejak enam bulan lepas melalui jalan tikus Sindumin, Sabah-Lawas, membawa bersama dua anaknya berumur dua dan enam tahun serta isterinya pada waktu malam. 

“Pemeriksan radius 100 meter telah dibuat untuk mencari pergelangan tangan mangsa dan senjata yang digunakan oleh suspek namun tidak dijumpai,” katanya.

Suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *