Kerajaan Sabah membenarkan operasi gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di kawasan tepi jalan raya.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kebenaran itu bagi bagi membolehkan petani dan nelayan menjual hasil tangkapan dan tanaman mereka.
Bagaimanapun katanya, nelayan yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan dinasihatkan untuk mendapatkan Lesen Perikanan di pejabat Perikanan Daerah.
Dalam pada itu, pihaknya turut memaklumkan bagi pekerja perkhidmatan dan barangan perlu (essential services & essentials good), tiada keperluan surat kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk rentas daerah. – Utusan Borneo

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ