HAMPIR SEPARUH PESAKIT COVID-19 DI MALAYSIA TELAH SEMBUH

KOTA KINABALU: Hampir separuh daripada jumlah keseluruhan pesakit jangkitan Covid-19 di negara ini telah sembuh dan dibenarkan pulang.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata seramai 202 lagi pesakit sembuh dan discaj, hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 2,478.

Jumlah pesakit yang sembuh juga kini pada kadar 49.7 peratus iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia.

Bagaimanapun, Noor Hisham memaklumkan sebanyak 150 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kepasa 4,987 kes.

Katanya lagi, lima lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah korban kepada 82 orang.

Sementara itu, beliau berkata daripada 2,427 pesakit Covid-19 yang masih menerima rawatan, seramai 60 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), kurang enam berbanding semalam.

Daripada jumlah itu juga, seramai 33 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, kurang tiga berbanding semalam./BERITA SABAH