Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter manakala harga runcit diesel meningkat empat sen seliter bagi tempoh 13 hingga 19 Feb ini.
Harga baharu untuk ketiga-tiga bahan bakar itu adalah RM1.96 (RON95), RM2.26 (RON97) dan RM2.15 (diesel), menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.
Kementerian Kewangan memaklumkan harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.
More Stories
Kebakaran Tapak Pelupusan Kayu Madang Hampir Dipadam Sepenuhnya – Bomba
Kimanis kekal catat IPU tahap kuning lebih 24 jam
Empat sekeluarga maut dalam tempoh empat hari selepas kemalangan