KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara akan kekal masing-masing pada RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi minggu yang bermula 14 hingga 20 November ini.
Dalam kenyataannya, kementerian turut memaklumkan bahawa harga diesel di Semenanjung Malaysia tetap pada RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak, dan Labuan, harga diesel juga tidak berubah pada RM2.15 seliter bagi tempoh yang sama.
Menurut Kementerian Kewangan, penetapan harga ini dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” tambah kenyataan itu, lapor Bernama.

More Stories
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad
Isu ‘Pusingan P’ di Jalan Kinarut Dibawa ke Peringkat Nasional
UPKO Tuaran Hormati Keputusan Fairuz Bandar, Ucapkan Selamat Maju Jaya