[ad_1]
Bagi tempoh tersebut, harga runcit petrol RON97 diturunkan kepada RM2.23 seliter daripada RM2.50 seliter, manakala harga runcit petrol RON95 diturunkan kepada RM1.93 seliter daripada RM2.20 seliter dan diesel kepada RM2.04 daripada RM2.18 seliter.
“Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat, selaras dengan trend penurunan harga petroleum di pasaran dunia,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata penetapan harga runcit petroleum tersebut dipertimbang semasa Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2 Jan.
“Seterusnya, harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), sejajar trend penurunan harga minyak di pasaran dunia ketika ini,” kata Lim.
…..
[ad_2]
More Stories
Kebakaran dapur di Kedai Lama Papar hasil tindakan pantas Bomba
Labuan dikenal pasti sebagai hab global industri tuna – Zaliha
JANS digesa peka aduan gangguan bekalan, masalah tekanan air rendah