[ad_1]
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Harga runcit petroleum bagi RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen seliter manakala diesel kekal pada harga RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 22 Feb.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, harga runcit RON97 naik kepada RM2.28 seliter berbanding RM2.27 seliter sebelum ini manakala RON95 naik kepada RM1.98 seliter daripada RM1.97 seliter.
“Harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia telah meningkat berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada US$62 setong kepada US$63 setong bagi petrol RON95 dan daripada US$73 setong kepada US$74 setong bagi diesel.
Bagi produk diesel, peningkatan harga pasaran itu sepatutnya menyebabkan harga runcit diesel di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM) dinaikkan sebanyak satu sen seliter kepada RM2.20 seliter.
…..
[ad_2]

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad