HARI ‘OPEN SHIP’ MARKAS WILAYAH LAUT 2 AHAD INI

Oleh Kahar Ali

SANDAKAN:  Markas Wilayah Laut 2 akan menganjurkan Hari ‘Open Ship’ sempena kedatangan KD LEKIU yang memasuki Tambatan Pangkalan Sandakan.

Para pengunjung akan berpeluang melihat dengan lebih dekat dan melawat kapal perang tercanggih Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu KD LEKIU serta kapal-kapal TLDM yang bertambat di Tambatan Pangkalan Sandakan. 

KD Lekiu akan dibuka untuk lawatan orang ramai pada ketetapan berikut -a. Tarikh : 17 November 2019 (Ahad).b. Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang.
c. Lokasi : Jeti Operasi, Pangkalan TLDM Sandakan.

Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik yang lain turut akan dilaksanakan antaranya Sesi Photo booth, restoran terapung, boat ride, dan jualan cenderamata edisi terhad.

Warga Sandakan dan sekitarnya adalah dijemput hadir bersama-sama bagi memeriahkan Hari ‘Open Ship’ ini. Masuk adalah PERCUMA!!!