HARI PENANAMAN POKOK BAKAU INISIATIF JK TEKNIKAL PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN PENANAMAN POKOK BAKAU

Dari kiri, Encik Roslan Junaidi (Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Hutan)JPS, Datuk Mashor Mohd Jaini (Ketua Konservator Hutan), Dato’ Mohd Ridza B. Awang (Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia), Dato Dr Hizamri (Pengarah Perhutanan Negeri Pahang), Dato’ Haji Jeffri (Pengarah Perhutanan Negeri Johor) dan Encik Saleh Intang (Pegawai Perhutanan Daerah Kota Belud).

TUARAN (7 Oktober 2019)- Program Penanaman Pokok Bakau dan spesies-spesies yang sesuai di persisiran pantai Negara (JTPP) oleh Jawatankuasa Teknikal Perancangan dan Pelaksanaan Penanaman Pokok Bakau dan Spesis-spesis yang sesuai di persisiran pantai negara (JTPP) di Sulaman Wetland Sanctuary.

Program penanaman dan lawatan ini merupakan salah satu program di bawah Jawatankuasa Teknikal Perancangan & Pelaksanaan Penanaman Pokok Bakau dan Spesis-spesis yang sesuai di persiaran pantai negara (JTPP) di mana ahli mesyuarat terdiri daripada 3 Wilayah iaitu Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan Sarawak dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Matlamat utama program ini adalah untuk memperkenalkan kepentingan Hutan Bakau kepada masyarakat setempat sebagai pelindung daripada ombak serta menghalang hakisan pasir.

Program pemuliharaan ini melibatkan penanaman sebanyak 1300 biji benih daripada 5 spesis bakau, ianya merupakan rekod terbanyak bagi 1 sesi penanaman dalam tahun 2019 bagi kawasan lesen SFMLA Borneo Sulaman Cove.

Ketua Konservator Hutan, Datuk Mashor Mohd Jaini dan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia diiringi oleh Renjer kehormat.

Ahli-ahli yang datang terdiri daripada Ketua Konservator Hutan, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Pengarah-pengarah Negeri, Agensi Kerajaan, Ngo’s. Program ini turut dihadiri oleh 23 orang pelajar Sekolah Rendah Termunong untuk pembelajaran dan penjagaan alam sekitar.

Hutan Bakau Tasik Sulaman diwartakan sebagai Hutan Simpan Bakau kelas V yang diurustadbir oleh Jabatan Perhutanan Sabah. Pada tahun 2007, hak pengurusan sebahagian daripada Hutan Simpan telah diberikan kepada Borneo Sulaman Cove Sdn.Bhd sebagai Unit Pengurusan Hutan (FMU) untuk tempoh 50 tahun, dibawah Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA) 02/2007.

Hutan Simpan ini terletak di Daerah Tuaran, seluas 488 hektar terdiri daripada Hutan Bakau, Hutan Persisiran dan kawasan terdegradasi besar yang telah ditumbuhui oleh tumbuh-tumbuhan bukan asli. Rizab Lot 1 meliputi kawasan 103.33 hektar yang terletak di Utara Saluran Sulaman, manakala Lot 2 meliputi kawasan ~ 384.68 hektar yang terletak di Bahagian Selatan Saluran Sulaman.

Aktiviti yang dibenarkan dihadkan kepada pemuliharaan, pendidikan dan eco-pelancongan. Sulaman Wetland Sanctuary (SWS) merupakan nama pemasarannya.

Datuk Mashor Mohd Jaini (Ketua Konservator Hutan dan Dato’ Mohd Ridza B. Awang (Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia) bersama Ahli Jawatankuasa JTPP serta pelajar-pelajar sekolah SK Termunong dan ahli PIBG Sekolah.

Selain itu, SWS kini menjadi habitat kepada Proboscis Monkey yang terancam Nasalis Larvatus, spesis Hutan Bakau yang jarang ditemui dan terancam – Bruguiera Hainesii dan kunang-kunang yang jarang – Pteroptyx Gelasina yang sangat unik dan jarang ditemui.