TENOM: Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, hasil bumi Sabah bukan untuk dijual beli dan bukan untuk pemimpin persekutuan mencari kekayaan.
Katanya, rakyat Sabah akan berpadu dan bangkit menentang segala tindak tanduk pemimpin-pemimpin Persekutuan yang cuba untuk merampas sekali lagi kekayaan negeri ini.
“Kita mesti pertahankan ini bumi kita, kita punya minyak, kita punya tanah tetapi mereka yang punya cukai, orang kita tanam sawit dari Pensiangan sampai Tenom kita berhujan panas tetapi Kuala Lumpur cuma duduk kenakan cukai.
“Kita kena pertahankan hak kita di bumi Sabah, jangan tidur jangan lena bila dapat duit RM500 pasang bendera biru, Sabah ‘is not for sale’ kita perlu pertahankan hak kita, perjuangkan hak kita,” katanya ketika berucap di majlis bersama rakyat di Pekan Tenom, hari ini.
Shafie berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah terpaksa dijalankan kerana persekutuan cuba merampas kuasa pentadbiran daripada orang Sabah melalui pintu belakang.
“Kepada rakyat Sabah jangan lepaskan hak anda, jangan lepaskan kuasa yang ada pada orang Sabah, undi calon Warisan Plus untuk kemenangan kepada kita semua,” katanya.-

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius