Platform beli-belah dalam talian, Shopee menjelaskan imej yang menggambarkan penjualan vaksin Covid-19 di platform itu, yang kini tersebar di media sosial, adalah palsu.
Shopee berkata, tiada penyenaraian sedemikian di platformnya.
“Penulis tweet tersebut telah mengesahkan gambar tersebut adalah palsu, rekaan semata-mata dan tidak wujud di Shopee,” katanya dalam kenyataan.
Kerajaan, katanya, juga tahu mengenai berita palsu itu.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Zainuddin Yaacob berkata, beliau tidak menolak kemungkinan iklan palsu berkaitan penjualan vaksin Covid-19 akan wujud kelak.
Katanya, disebabkan kerajaan menawarkan vaksin Covid-19 secara percuma, “sebarang tawaran penjualan vaksin berkemungkinan satu penipuan”.
More Stories
Keputusan SPM diumum 24 April
Lelaki tipu jual beli emas ditahan polis
Tamu Dongongon berwajah baharu apabila siap dinaik taraf April 2026