Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 1,327 kes baharu Covid-19 berbanding 1,247 pesakit sembuh dan empat kematian.
Ini menjadikan 317,289 kes pulih daripada keseluruhan 333,040 jangkitan Covid-19 dengan 1,233 kematian direkodkan setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini seramai 14,518 pesakit sedang dirawat, dengan 154 ditempatkan di unit rawatan rapi dan 65 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, Selangor mencatatkan kes positif tertinggi dengan 356.
Ia diikuti Sarawak (276), Pulau Pinang (205), Johor (141), Kuala Lumpur (115), Perak (55), Sabah (50), Kedah (30), Kelantan (30), Negeri Sembilan (22), Terengganu (18), Pahang (11),Melaka (10), Perlis (5), Putrajaya (3).
Manakala, tiada kes baharu dilaporkan di Labuan.
Noor Hisham berkata, empat kematian itu membabitkan warganegara berusia 66 hingga 82 tahun di Perak, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur,
Katanya, masing-masing mempunyai sejarah menghidap penyakit seperti darah tinggi, jantung, kencing manis dan buah pinggang kronik.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ