Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 6,440 kes baharu Covid-19 dengan 74 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini 685,204 kes.
Selangor sekali lagi mencatatkan jangkitan tertinggi, iaitu sebanyak 2,095 kes diikuti Negeri Sembilan (870), Kuala Lumpur (816), Johor (592), Sarawak (536), Perak (357), Melaka (223), Kelantan (200), Sabah (199), Kedah (159) , Labuan (152), Pulau Pinang (122), Pahang (79), Terengganu (32), Putrajaya (6) dan Perlis (2).
Daripada jumlah kes baharu itu, lima adalah kes import dan baki 6,435 merupakan penularan tempatan.
Katanya, terdapat 65,602 kes aktif dengan 451 daripada 894 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.
Kes sembuh pula adalah sebanyak 6,861 dengan jumlah kumulatif 615,326 kes manakala jumlah keseluruhan kematian setakat ini 4,276.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ