Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod tertinggi 15,573 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Sebelum ini rekod tertinggi adalah 13,215 kes pada 15 Julai lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 147,386 kes aktif dengan 939 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 456 memerlukan bantuan pernafasan.
Hisham berkata, jumlah jangkitan kini adalah 980,491 manakala, kes sembuh pula sebanyak 10,094 dengan 825,387 jumlah kumulatif.
Sementara itu, sebanyak 144 kematian dicatat menjadikan jumlah kematian setakat ini 7,718.
Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 7,672 kes.
Diikuti Kuala Lumpur (2,063), Kedah (937), Johor (722), Negeri Sembilan (682), Pulau Pinang (530), Sabah (516), Sarawak (461), Pahang (457), Melaka (452), Perak (415), Kelantan (372), Terengganu (229), Putrajaya (41), Labuan (21) dan Perlis (tiga).
Hisham berkata, 62 kes kematian melibatkan 66 kes di Selangor, 16 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 15 kes di Johor, 13 kes di Melaka, 10 kes di Negeri Sembilan, lapan kes di Pahang, enam kes di Kedah, tiga kes di Sarawak,
Manakala, masing-masing dua kes di Perak dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu kes di Sabah, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Kes kematian itu membabitkan 132 warganegara dan 12 orang bukan warganegara,” katanya.Subscribe to our newsletter and get news delivered to

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad