[ad_1]
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata mereka yang telah direkodkan keterangan itu membabitkan rakan-rakan mangsa yang hadir pada sambutan hari jadi di sebuah pusat hiburan, saksi di tempat kejadian dan anggota keluarga pemandu kereta yang terhumban berkenaan.
“Selain lapan individu itu, polis akan merekodkan keterangan beberapa lagi orang termasuk seorang lelaki yang merakamkan kejadian kemalangan berkenaan hari ini,” katanya di sini hari ini.
Katanya polis akan melengkapkan kertas siasatan kemalangan itu secepat mungkin sebelum menghantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
“Polis juga akan merekodkan keterangan seorang lagi pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan itu selepas dia selesai menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Bayan Baru,” katanya.
Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata berdasarkan siasatan polis ke atas rakan-rakan mangsa mendapati hanya pemandu kereta Mazda CX-5 berada dalam kenderaannya.
“Tiada orang lain berada dalam kereta mangsa semasa kejadian dan kami percaya pemandu berkenaan berada dalam kenderaan itu,” katanya.
SUV itu yang dipandu oleh penuntut kolej swasta, Moey Yun Peng, 20, terhumban ke laut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta pada jam 2.54 pagi, semalam.
Kenderaan itu berjaya ditemukan pada pukul 4 petang semalam di Tiang 34 Jambatan Pulau Pinang sebelum sebuah kren berkapasiti tinggi tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 5.45 petang untuk memulakan usaha membawa keluar kenderaan itu dari dasar laut.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
KUSKOP salur RM346.28 juta pembiayaan PMKS dan koperasi di Negeri Sembilan pada tahun 2024
Maritim Malaysia tahan dua bot tunda nelayan lakukan aktiviti tarik pukat tunda
Agensi di bawah KUSKOP bantu usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak