KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan menolak rayuan Peguam Negara terhadap kebenaran diberikan Mahkamah Tinggi kepada Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) pada November 2022 berkaitan semakan kehakiman 40 peratus hasil Sabah.
Keputusan itu dibuat hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang pada pendengaran yang dibuat secara dalam talian, hari ini.
Bekas Presiden SLS, Datuk Roger Chin, berkata berikutan keputusan itu, SLS kini boleh meneruskan prosiding semakan kehakiman yang berkaitan dengan kelayakan Sabah mendapatkan semula 40 peratus hasil yang dikutip Persekutuan di negeri ini.
“Rayuan Peguam Negara ditolak tanpa perintah mengenai kos. Perbicaraan substantif semakan kehakiman akan didengar Mahkamah Tinggi,” katanya dalam maklum balas ringkas beliau mengenai keputusan itu.
SLS akan mengeluarkan kenyataan penuh berhubung perkara itu selepas ini. – Info X

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad