Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran sangat prihatin dengan aduan berkaitan pencemaran sungai daripada ladang penternakan khinzir yang dilaporkan berlaku di sebuah sungai di Tamparuli.
Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, Pusat Khidmat bersama-sama dengan pihak berkuasa telah membuat pemeriksaan di lokasi sungai seperti yang didedahkan dalam sebuah video yang tular semalam.
“Pada ketika ini siasatan sedang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk proses tindakan seterusnya.
“Di pihak Pusat Khidmat, kita menyokong penuh segala siasatan yang dijalankan dan berharap satu penyelesaian segera dapat dilaksanakan.
“Kita juga menasihatkan agar orang ramai termasuk pengusaha-pengusaha ladang ternakan sentiasa mematuhi standard dan peraturan yang ditetapkan apabila melaksanakan aktiviti pertanian dan penternakan dengan tidak melakukan sebarang pencemaran alam sekitar,” katanya.
Madius berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam tular di media sosial pendedahan seorang lelaki terhadap sebuah pencemaran yang mengakibatkan sungai berwarna kehijau-hijauan dan berbau busuk.
Di dalam video tersebut turut memaparkan punca yang difahamkan daripada kumbahan najis ladang ternakan khinzir yang terletak tidak jauh daripada sungai berkenaan.
More Stories
KUSKOP komited wujudkan insentif untuk usahawan sabah dan serawak
Premier Sarawak dikurniakan darjah ‘Seri Panglima Darjah Kinabalu’
DBKK laksana program ‘Jom Bayar Kompaun’