Pasukan operasi sedang melakukan pemotongan keatas penyambungan haram air di Sandakan
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Jabatan Air Sandakan telah berjaya mengesan sebanyak 26 penyambungan haram dalam operasi pemantauan di sekitar Kampung Gas , Jalan Batu Sapi dan kawasan setinggan belakang Bandar Letat pada Jun 26 dan 28.
Jurutera Bahagian Jabatan Air Sandakan Ishar Hamka Ismail memberitahu bahawa operasi telah dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat tentang kegiatan mencuri air di kawasan-kawasan terbabit.
Operasi pada Jun 26 bermula jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 2:30 petang telah berjaya mengesan dan melakukan pemotongan keatas 11 sambungan haram di Jambatan 1, Jambatan 3, Jambatan 5 dan Jambatan 12 Kampung Gas , Jalan Batu Sapi, kata Ishar.
Kemudian pada Jun 28 pula operasi pemantauan sambungan haram juga telah dijalankan bersama-sama Salcon Engineering di Kawasan Bandar Lee Tat berdekatan kawasan setinggan dibelakang bandar tersebut, katanya.
Sebanyak 15 sambungan haram yang dipercayai dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk disambung ke kawasan setinggan telah dikesan, kata Ishar lagi.
Menurut Ishar, tindakan pemotongan keatas semua sambungan haram tersebut telah diambil oleh Pihak Jabatan Air dengan bantuan kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Air.
Mencuri air adalah satu kesalahan dibawah Seksyen 53 Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003 dan boleh didenda sehingga RM 50, 000 atau penjara 2 tahun, kata Ishar.
Pasukan operasi juga telah merampas beberapa barangan yang digunakan untuk mebuat penyambungan haram, tambah beliau lagi.
Beliau menegaskan agar semua pengguna dapat mematuhi undang-undang sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Enakmen Bekalan Air 2003 atau berdepan dengan denda yang berat jika didapati melakukan kesalahan.
Ishar juga memohon kerjasama dari orang ramai untuk memaklumkan dengan segera sekiranya berlaku sebarang kes kecurian atau kebocoran paip air ke talian Hotline Jabatan Air Sandakan di 1 300 8888 55.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad