[ad_1]
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata 81 produk didapati tamat tarikh luput manakala 126 bungkusan makanan lagi didapati rosak, kemek dan alamat pengimport makanan tidak dinyatakan pada lebel.
“Pemilik premis turut diberikan notis mengikut Seksyen 32B kerana melanggari Peraturan 14(9)(b), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu menjual makanan yang tamat tarikh luput serta dikenakan kompaun RM3,000,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Zhu di sebuah pasaraya di sini sempena Tahun Baharu Cina 2019 peringkat negeri yang dijalankan serentak mulai hari ini.
Katanya operasi itu bertujuan memastikan makanan bersih, selamat serta terhindar dari pencemaran, sehubungan itu beliau menyeru kepada orang ramai yang ingin membuat aduan boleh hubungi Jabatan Kesihatan Negeri.
Mengulas lanjut, Dr Ling berkata dalam operasi itu pihaknya turut menjalankan aktiviti pensampelan makanan dan audit verifikasi terhadap premis pemprosesan hasilan daging khinzir.
Katanya 65 sampel makanan diambil untuk dianalisis iaitu 21 produk untuk aditif makanan; 15 produk untuk pencemaran ‘Cadmium’ atau logam berat; lima produk untuk pencemaran mikologi atau ‘Aflatoksin’; 15 produk (sayur-sayuran dan buah-buahan) untuk sisa baki makhluk perosak atau ‘pesticide residues’ dan lapan sampel daging khinzir serta satu sampel daging itik untuk sisa baki dadah vaterinari.
“Bagi aktiviti verifikasi pula, enam premis pemprosesan daging salai di daerah Kinta diaudit dan kesemua berada pada tahap memuaskan.
“Selain itu, satu sampel daging salai dipilih secara rawak telah dihantar ke Makmal Kimia Kementerian Kesihatan di Pulau Pinang untuk tujuan dianalisis nitrit dan nitrat,” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Madius gesa Kementerian Perpaduan jadikan MA63 sebagai asas pembinaan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu
Suara kebencian berbaur agama, ramai rakyat Sabah, Sarawak kesal membentuk negara Persekutuan Malaysia: Madius
Mesyuarat Jentera Pilihanraya UPKO N2 Bengkoka Fokus Persiapan Hadapi PRN17