Jalan Putra Permai Serdang ditutup sementara bagi kerja-kerja MRT SSP

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — Aliran trafik di lorong kiri di Jalan Putra Permai arah Serdang selepas jambatan MEX sehingga Jalan Pinggiran 1/3 ditutup sementara bermula 15 Jan hingga 31 Jan ini.

Menurut kenyataan MMC-Gamuda hari ini, penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) sepanjang Seri Kembangan.

“Penutupan sementara bermula dari pukul 11 malam hingga 5.00 pagi untuk selama 20 hari.

“Sepanjang penutupan 300 meter ini, lorong kanan akan disediakan kepada pengguna jalan raya dari arah Serdang menuju ke Puchong,” menurut kenyataan itu.

Penutupan lorong kecemasan sepanjang Jalan Putra Permai akan turut dilanjutkan dari 15 Jan hingga 10 Jun selama 24 jam bagi tujuan kerja-kerja pembinaan itu.

“Lorong kecemasan sepanjang 800 meter di jalan itu dari arah Serdang menuju ke Jalan Pinggiran 1/3 akan ditutup dan dua laluan akan disediakan kepada pengguna jalan raya. Pengguna juga dinasihat mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas,” katanya.

— BERNAMA

.
…..



[ad_2]