JANGAN PERCAYA KHABAR ANGIN, KK TERKAWAL

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini menafikan khabar angin bahawa akan berlaku sesuatu yang tidak diingin berlaku di bandar raya ini akibat pergolakan politik semasa di Sabah.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi meminta orang ramai di sekitar bandar raya ini supaya tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan di media sosial.

“Untuk makluman, keadaan di sekitar bandar raya ini terkawal dan tiada apa-apa yang berlaku seperti yang disebarkan melalui media sosial.

“Masyarakat khususnya di bandar raya ini supaya tidak mudah mempercayai masej yang tidak benar,” katanya.

Tambah beliau lagi, masyarakat juga dinasihatkan supaya jangan menghebahkan berita atau masej yang tidak benar.

“Polis memberi amaran kepada individu supaya tidak menyebarkan khabar angin hingga mencetuskan panik.

“Kita akan menyiasat mengenai penyebaran masej palsu berkenaan,” katanya.

Sejak pagi, satu masej tular di media sosial kononnya mengatakan ‘jangan keluar untuk jalan2 di bandaraya KK hari ini 30/07/2020 demi berjaga2 kemungkinan berlaku sesuatu yang tidak dingini akibat keputusan pengumuman berita oleh pihak Istana (TYT) Negeri Sabah pd pagi ini’.-http://beritasabah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *