PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 1,942 kes semalam berbanding 1,847 kes kelmarin, dengan enam kematian dilaporkan.
Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 1,933 kes penularan tempatan dan sembilan kes import.
Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,808,896 kes dan 36,291 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 25,693 kes aktif Covid-19, termasuk 62 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 39 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 95.1% atau 24,431 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 11 kes dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,189 orang atau 4.6% menerima rawatan di hospital.
Seramai 2,276 pesakit dilaporkan sembuh.
Terdapat dua kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan 7,075 kluster, dengan 21 daripadanya masih aktif.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ