Jangkitan Covid-19 naik kepada 2,722 kes, 11 kematian

Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 2,722 kes semalam berbanding 2,078 kes kelmarin.

Sebanyak 11 kematian dilaporkan semalam, termasuk tiga kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding 10 kematian kelmarin.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 2,717 kes penularan tempatan dan lima kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,762,552 kes dan 36,166 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 35,551 kes aktif Covid-19, termasuk 68 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 41 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.8% atau 34,068 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 31 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,384 orang atau 3.9% menerima rawatan di hospital.

Seramai 4,856 pesakit dilaporkan sudah sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan 7,066 kluster, dengan 36 daripadanya masih aktif.