Kes harian Covid-19 meningkat kepada 3,300 kes semalam berbanding 2,720 kes pada hari sebelumnya.
Angka korban juga meningkat kepada sembilan kes, termasuk tiga kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding tiga kematian pada Ahad lalu.
Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu membabitkan 3,298 kes penularan tempatan dan dua kes import.
Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,654,951 kes dan 35,923 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 46,316 kes aktif Covid-19, termasuk 51 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 28 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 96.6% atau 44,732 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 21 orang dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,512 orang atau 3.3% menerima rawatan di hospital.
Seramai 5,227 pesakit dilaporkan sudah sembuh.
Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya kekal 7,031 kluster, dengan 16 daripadanya masih aktif.
More Stories
Gabungan GRS-PH Plus tentukan hala tuju politik Sabah hadapi PRN – Armizan
Tamu Desa Kampung Pelakat jadi pusat aktiviti keusahawanan komuniti jual produk pertanian, hasil laut di Sipitang
Aksi akhir Liga Super: Peluang pemain muda tunjuk kualiti