Kementerian Kesihatan melaporkan 8,075 kes kes baharu Covid-19 dan 15,456 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu.
Ini menjadikan keseluruhan 2,116,021 daripada 2,285,640 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 867 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 807 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 60 kes disyaki dijangkiti virus itu.
Katanya, 461 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 342 daripadanya positif Covid-19 dan selebihnya 119 orang masih dalam siasatan.
Beliau berkata, 160 kes atau 2% adalah Kategori 3 hingga 5, manakala 7,915 atau 98% lagi dalam Kategori 1 dan 2.
Sarawak mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 1,189 kes.
Ia diikuti Kelantan dengan 1,020 kes, Pulau Pinang (853), Johor (781), Selangor (686), Sabah (677), Terengganu (636), Kedah (628), Perak (548), Pahang (522), Melaka (219), Kuala Lumpur (151), Negeri Sembilan (108), Perlis (36), Putrajaya (19) dan Labuan (2).
Daripada jumlah kes baharu hari ini, enam ialah kes import dan baki 8,069 kes penularan tempatan membabitkan 7,248 warganegara serta 821 warga asing.
Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.87 setakat semalam.
Perlis dan Putrajaya mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.02, disusuli Terengganu (1.00), Melaka (0.99), Negeri Sembilan (0.99), Pahang (0.98), Kelantan (0.95), Sarawak (0.91), Perak (0.91), Johor (0.87), Kedah (0.87), Selangor (0.86), Sabah (0.84), Pulau Pinang (0.84) dan Kuala Lumpur (0.84).

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad