[ad_1]
KENINGAU, 27 Feb (Bernama) — Kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk menarik balik jawatan ketua adat dan ketua kampung daripada mana-mana individu dilantik sekiranya mereka didapati terlibat dalam penyalahgunaan kuasa, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony.
Beliau berkata ketua kampung dan ketua adat dilantik mestilah menjalankan tanggungjawab dan amanah diberikan kepada mereka dengan jujur dan adil selain tidak memilih bulu dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
“Kerajaan negeri memandang serius perkara ini. Jika ada ketua adat didapati terlibat dengan aktiviti tidak bermoral termasuk memberi pengesahan dokumen tanpa berlandaskan undang-undang, pelantikan mereka akan ditarik balik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua-Ketua Adat dan Ketua Masyarakat Cina di sini, hari ini.
…..
[ad_2]

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ