KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan disahkan positif Covid-19.
Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri, Arlinsia Agang dalam satu kenyataan berkata, walau bagaimanapun Jefrrey kini berada dalam keadaan stabil.
“Jeffrey menjalani saringan Covid-19 pada Ahad dan disahkan positif. Beliau kini mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
“Walau berada di HQE, Menteri Pertanian dan Perikanan itu tetap melaksana tanggungjawabnya menerusi persidangan video dan emel,” katanya.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ