Jepun arahkan rakyatnya waspada kemungkinan ancaman pengganas, termasuklah di Malaysia

Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur mengesahkan telah mengeluarkan amaran kepada rakyatnya di Malaysia mengenai kemungkinan ancaman pengganas di Asia Tenggara.

Menurut laporan media, Kementerian Luar Jepun telah menasihatkan semua rakyatnya di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar untuk mengelak kemudahan keagamaan dan kawasan sesak lain.

Seorang pegawai dari kedutaan ketika dihubungi Bernama berkata, nasihat itu dikeluarkan pagi ini kepada semua warga Jepun di Malaysia.

“Kami mengeluarkan nasihat tersebut selepas menerima arahan dari Tokyo,” katanya tanpa memperincikan lebih lanjut.

Pegawai itu berkata, buat masa ini terdapat kira-kira 31,000 warga Jepun tinggal di Malaysia.

Amaran itu memetik laporan perisikan dan kemungkinan terdapat serangan ke atas rumah ibadat dan tempat perhimpunan besar-besaran di rantau ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *