[ad_1]
KOTA KINABALU, 25 Jan (Bernama) – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mendaftarkan sebanyak 46,918 permohonan surat kelahiran bagi penduduk asal (native) di negeri ini yang tinggal jauh di pedalaman dan pulau menerusi Unit Khas Bergerak (UKB) sejak perkhidmatan tersebut diperkenalkan pada 2000 sehingga kini.
Pengarahnya Datuk Ismail Ahmad berkata jumlah itu termasuk pendaftaran permohonan sijil kelahiran dibuat dalam tempoh sebelum 42 hari atau selepas 43 hari daripada tempoh daftar lewat.
Ismail berkata perkhidmatan UKB itu memberi fokus untuk membantu penduduk asal Sabah di kawasan terbabit yang menghadapi masalah mendaftarkan sijil kelahiran berikutan wujud beberapa kekangan termasuk tempat tinggal jauh, kemiskinan, prasarana jalan raya, pengangkutan dan kesedaran rendah mengenai kepentingan pendaftatan kelahiran.
…..
[ad_2]
More Stories
Kebakaran dapur di Kedai Lama Papar hasil tindakan pantas Bomba
Labuan dikenal pasti sebagai hab global industri tuna – Zaliha
JANS digesa peka aduan gangguan bekalan, masalah tekanan air rendah