KOTA KINABALU: Sempena Op Selamat 24, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sabah bersama Pasukan Gerakan Udara (PGU) Sabah hari ini telah melakukan pemantauan trafik dari udara.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JSPT IPK Sabah memaklumkan, pemantauan bertujuan meninjau aliran trafik sekitar jalan Kota Kinabalu, Penampang serta Papar.
Katanya, operasi digerakkan oleh Pegawai Turus Pengurusan Saman JSPT, Inspektor Elinea Alexander Malibin, bersama dengan Penyelia Pengurusan Saman, Sarjan Suzey Micheal Lajam.
“Peninjauan udara dilakukan dengan kolaborasi bersama Pasukan Gerakan Udara (PGU) menaiki Helikopter ECUREUIL AS355N.
“Ianya dikendalikan oleh Superintenden Aisyam Abdullah dengan dibantu oleh Inspektor Danny Leonard Dugil serta Koperal Kenneth Nawot sebagai pemerhati udara,” katanya.
Menurutnya, sepanjang pemantauan udara itu dijalankan, aliran trafik didapati berjalan dengan lancar.
Op Selamat 24 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dijalankan dalam tempoh enam hari bermula pada 29 Mac lepas sehingga 3 April depan.
More Stories
Terima rasuah babitkan Rumah Mesra SMJ, Pegawai Kemajuan Masyarakat ditahan SPRM
623 Pati Filipina dihantar pulang
KPDN Sandakan siasat 15 kes seleweng barang kawalan