Junz: Pengeluaran PSS cegah pemalsuan dokumen

Susan (4 dari kiri) menyampaikan jemputan rasmi kepada Junz (5 dari kiri) ke Festival Tanglung Pertengahan Musim Luruh Jalan Gaya, di LintasanDeasoka hari ini.

“USCCAKK bersetuju bahawa langkah Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan PSS adalah pada landasan yang betul ke arah menyelesaikan kekurangan buruh di sektor pembuatan, perladangan, pembinaan dan sebgainya”.

Oleh: Nio James

KOTA KINABALU: Pengeluaran Pas Sementara Sabah (PSS) akan mencegah pemalsuan dokumen dan membolehkan pemantauan pendatang asing, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah Datuk Junz Wong.

Beliau berkata matlamat PSS adalah untuk menggantikan tiga dokumen yang berbeza yang dikeluarkan kepada pendatang.

Selain mencegah pemalsuan dokumen, PSS akan membolehkan Kerajaan Negeri untuk mengumpul maklumat dan memantau pergerakan warga asing.

Junz berkata dokumentasi yang berbeza yang dikeluarkan kepada pendatang telah menyukarkan agensi penguat kuasa memantau pergerakan mereka.

PSS yang akan dikeluarkan dari 1 Jun tahun depan akan menyeragamkan dokumentasi yang diberikan kepada warga asing di Sabah agar dapat mengurusnya dengan lebih baik.”

Junz berkata bahawa PSS adalah salah satu penyelesaian untuk menangani kekurangan buruh di negeri ini, memandangkan pemegang pas dibenarkan bekerja dalam sektor pembinaan, kilang dan perladangan, serta membolehkan kerajaan memantau mereka.

Beliau berkata majikan yang ingin mengupah warga asing dengan PSS juga perlu memohon permit kerja mereka.

Junz berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Persatuan Masyarakat Cina Bersatu Sabah Sabah (USCCAKK) yang diketuai oleh presidennyaDatuk Susan Wong Siew Guen.

Junz juga bersetuju untuk menghadiri Festival Tanglung

Pertengahan Musim Luruh Jalan Gaya dianjurkan oleh persatuan itu pada 15 September (Ahad) di LintasanDeasoka.

Sementara itu, jawatankuasa USCCAKK bersetuju bahawa langkah Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan PSS adalah pada landasan yang betul ke arah menyelesaikan kekurangan buruh di sektor pembuatan, perladangan, pembinaan dan sebgainya.

Jawatankuasa itu berkata banyak perniagaan terpaksa menggunakan pekerja pendatang tanpa izin kerana tenaga kerja yang tidak mencukupi dan akhirnya didenda oleh Jabatan Imigresen atau dijatuhkan denda di mahkamah.

Mereka berkata pengeluaran PSS akan membantu menangani kekurangan buruh dan mencegah perniagaan daripada melanggar Akta Imigresen.

Dalam pada itu, Presiden USCCAKK, Datuk Susan Wong Siew Guen menggesa warga Kota Kinabalu untuk menyertai Festival Tanglung Pertengahan Musim Luruh Jalan Gaya, di dianjurkan oleh persatuan itu pada 15 September (Ahad) di LintasanDeasoka hari ini.

Susan berkata orang ramai akan dihiburkan dengan beberapa siri program mulai pukul 5 petang, termasuk tarian naga dan singa, tarian singa tiang tinggi, penampilan oleh God of Fortune, Iron Man, Spider Man dan watak-watak kartun lain yang akan berinteraksi dengan para hadirin.

Terdapat juga pertunjukan tarian dan nyanyian, majlis pembukaan dan acara kemuncak ialah pertandingan perarakan tanglung yang disertai oleh lebih 1,000 pelajar sekolah rendah dan menengah, Cina dan ahli-ahli dari USCCAKK dan persatuan Cina.