KOTA KINABALU: Pejabat kerajaan negeri beroperasi sepenuhnya dengan kehadiran pegawai dan kakitangan di pejabat pada tahap 100 peratus bermula semalam.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun yang juga jurucakap rasmi mengenai COVID-19 di Sabah berkata, perkara itu diputuskan oleh Kerajaan Sabah.
“Ia bertujuan memastikan penyampaian perkhidmatan awam sentiasa berada di tahap yang baik dan efektif.
“Semua penjawat awam dikehendaki mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan semasa dan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan pandemik COVID-19 di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ