Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengakui belum lagi mendapat inspirasi bila masa sesuai untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Menurutnya, tempoh untuk beliau menjawat tugas sebagai Ketua Menteri masih berbaki setahun lagi setelah genap empat tahun menggalas tugas memimpin kerajaan negeri pada hari ini.
“Hari ini (29 September) genap empat tahun saya menjadi Ketua Menteri, ada setahun lagi sebelum pilihan raya negeri.
“Tapi, saya belum lagi mendapat inspirasi bila akan bubar DUN, kalau sudah ada inspirasi, saya akan panggil media untuk mengumumkannya,” katanya.
Beliau berkata demikiam ketika memulakan ucapan pada Kinabalu Press Awards 2024, di sini, malam ini. – SABAH MEDIA
More Stories
Seramai 650 pendatang asing tanpa izin dihantar pulang dari sandakan
Wanita cedera kereta terbabas ke dalam gaung
Dakwa warga China kerja tanpa permit, pengusaha pelancongan tempatan di Semporna lapor polis