Kanak-kanak autistik hilang di Tamparuli masih belum ditemui

TUARAN: Kanak-kanak lelaki autistik yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Bahagia Dua, Tamparuli, di sini, masuk hari kedua, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, operasi dimulakan pada jam 6.30 pagi bersama beberapa agensi penyelamat lain.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan pada radius jarak pencarian diperluaskan.

“Lokasi pencarian dibahagikan kepada dua sektor daripada lokasi akhir mangsa yang dikenal pasti dengan keluasan 3.5 kilometer jarak keseluruhan.

“Sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, mangsa, Muhammad Aniq Faiz Muhammad Ashraf dikatakan dilihat kali terakhir sekitar jam 1.30 tengah hari sebelum dilaporkan hilang.

Mangsa dipercayai hilang tanpa jejak di kawasan berhampiran rumah keluarganya yang terletak di belakang Pejabat Daerah Tamparuli.

Operasi pencarian yang dijalankan pasukan bomba turut menggunakan unit anjing pengesan K9 selain dibantu penduduk kampung. – Info X