Kanak-kanak berdepan detik cemas, ‘lolok’ tersepit

Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas kemaluannya tersepit di zip seluar di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, punca kemaluan kanak-kanak itu tersepit bagaimanapun masih belum dapat dipastikan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Membakut sebelum pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.52 pagi berkenaan kejadian.

“Setiba di Klinik Kesihatan Membakut, bomba mendapati kemaluan mangsa berumur lapan tahun tersepit di bahagian zip seluar.

“Pasukan bomba kemudiannya memotong zip seluar terbabit dan melonggarkan bahagian yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya dipetik Utusan Borneo.

Menurutnya selepas memastikan tiada bahaya lain, operasi ditamatkan jam 10.50 pagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *