KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di Kampung Botung Berhampiran Kem Paradise Kota Belud di sini ditemukan selamat.
Mangsa Adira Abdullah, 9, ditemukan selamat pada jam 3.15 petang oleh saudaranya dalam keadaan selamat.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, mangsa ditemui di Kampung Bobot Kota Belud, iaitu pada jarak lima kilometer dari kawasan mangsa dilaporkan hilang.
“Mangsa kemudian diserahkan kepada ahli keluarganya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, mangsa berusia sembilan tahun itu disedari hilang pada jam 6.30 pagi tadi.
Ibu angkat mangsa memaklumkan kanak-kanak terbabit tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan namun sering berhalusinasi dan dipercayai hilang pagi ini. – Info X

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ