KENINGAU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) merampas rokok dianggarkan bernilai RM1.3 juta termasuk cukai di Kilometer 40 Jalan Tenom – Sipitang, Tenom, pada 16 Mac lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, pegawai Penguatkuasaan Stesen Keningau mengesan sebuah lori yang disyaki membawa barang larangan atau tidak berkastam.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman, berkata, pasukan serbuan menemukan 100,000 bungkusan mengandungi dua juta batang rokok pelbagai jenama.
“Anggaran berat rokok iaitu 1,920 kilogram yang disimpan di dalam sebuah lori yang ditinggalkan di tepi jalan.
“Semua barang dianggarkan bernilai RM160,000 dengan membabitkan cukai dan duti terbabit sebanyak RM1,336,000.
“Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori berjumlah RM1,566,000,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, tiada individu atau pemandu berada di dalam kenderaan terbabit. -BERITA HARIAN

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ