KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta untuk memberi penjelasan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2018 yang melaporkan 100,000 pelancong dari China dan India tidak mempunyai rekod keluar selepas datang ke Malaysia.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO – Tuaran) berkata, setakat hari ini belum ada penjelasan daripada kerajaan tentang laporan Ketua Audit Negara tersebut.
“Selepas itu pada 12 September 2019 enam termasuk seorang Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang ditahan kerana didakwa menjual Mykad.
“Saya mohon agar sahabat saya, Menteri Dalam Negeri dapat memberi penjelasan tentang perkara ini didalam Dewan Yang Mulia ini secara menyeluruh.

“Tuan Yang Dipertua, insiden seperti ini penting untuk diambil tindakan. KDN tidak boleh berdiam diri dan sistem penyampaian dalam kesemua Jabatan yang terlibat perlu di susun semula supaya tidak ada lagi lompang yang memungkinkan kegiatan rasuah oleh mana-mana pihak,” katanya.
Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata demikian ketika berucap membahaskan Belanjawan 2021 di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini, https://beritasabah.com

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ