Ewon bersama ahli kelab WRS bergambar bersama sebelum melepaskan peserta kembara jamboree.
KEMBARA JAMBOREE … Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedick, melepaskan peserta Kembara Jamboree Kelab WRS 2018 sempena Hari Malaysia melibatkan lebih 50 kereta, di Kompleks Sukan Penampang, hari ini.
Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berharap para peserta jamboree dapat menyampaikan input kepada beliau selaku Menteri KPLB Sabah berkaitan permasalahan luar bandar terutamanya keadaan jalan, elektrik, air dan ameniti sosial lain di kampung-kampung yang dilawati sepanjang jamboree itu.
Pada majlis itu, Ewon selaku penaung kelab turut menyampaikan sumbangan RM2000 bagi membiayai sebahagian kos berkaitan jamboree ini.


More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ