Kemboja: 40 bekas tahanan anak Sarawak selamat tiba di Kuching

[ad_1]

KUCHING, 17 Feb (Bernama) – Empat puluh anak Sarawak yang ditahan di penjara Kemboja kerana disyaki terlibat aktiviti perjudian dalam talian secara haram, selamat tiba di Terminal VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, pada jam 2.20 petang hari ini, bersama-sama tiga lagi bekas tahanan dari Sabah.

Kesemua mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap, Kemboja pada pukul 10.35 pagi menaiki penerbangan khas bersama-sama Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah serta Anggota Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pengerusi Badan Bukan Kerajaan Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Kemboja Oknha Datuk Dr Othsman Hassan turut menghantar mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap.
…..



[ad_2]